Syarah Kitab

March 4, 2009

Allah melampaui segala…

3: ALLAH MELAMPAUI SEGALA SESUATU Mengenai Allah yang tanzih (putus hubungan) daripada sebarang bentuk tasybih (ada-perhubungan) atau penjelmaan, terkandung di dalam ayat-ayat yang menunjukkan dengan jelas keadaan-Nya di dalam Kitab-Nya atau melalui lidah Rasul-Nya. “Maha suci Allah dan maha tinggi, melampaui apa yang mereka katakan.” (17:43). Pada penyaksian hamba terhadap Tuhannya dalam ketulenan dan putusnya kekuatan dan ketinggiannya daripada dihubungkan dengan “bagaimana” atau yang seumpamanya adalah petanda yang memberikan keputusan muktamad tentang kedudukan hamba dan pujiannya keteguhan pengetahuan dan pengesahannya dan penolakan terhadap tuduhan dan perubahan [Segala pengetahuan dibekalkan kepada Akal Awal] Ketahuilah yang menanggung segala ilmu, baik mengenai yang []
March 4, 2009

Permulaan alam….

04: PERMULAAN ALAM DAN KEDUDUKAN NAMA-NAMA YANG INDAH Asbab Kepada Permulaan Alam Dan Kedudukan Nama-nama Yang Indah Dalam Alam Keseluruhannya Dalam sebab kepada permulaan dan peraturannya, dan penghabisan pembentukan dan pengertiannya, Dan perbezaan di antara anasir-anasir tinggi dalam tempat asalnya dan pemerintahnya, Bukti yang menunjukkan Pencipta menggubahkan semuanya melalui peraturan-Nya. [Ketinggian tempat dan kehebatan Syurga] Wali yang benar telah mengambil pengertian tentang permulaan alam dalam buku kami yang bertajuk, ‘Anqa’ Mughrib fi ma’rifa khatmi’l-awliya’ wa shamsu’l-Maghrib dan dalam buku kami bertajuk Insha’ ad-Dawa’ir yang sebahagiannya kami tulis di rumah sahabat kami yang mulia (Imam Abu Muhammad ÔAbdu’l-‘Aziz al-Mahdawi al-Qurashi) sewaktu []
March 4, 2009

Permulaan ciptaan rohani

06. Permulaan ciptaan rohani [Mengenai permulaan ciptaan rohani] Siapakah yang pertama wujud dalamnya? Daripada apa ia wujud? Dalam apa ia wujud? Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Apakah matlamatnya? Mengenai alam semesta dan bahagian-bahagianya. Perhatikah kewujudan yang rapi ini wujud kita umpama jubah yang digubah. Perhatikan khalifah-khalifah-Nya dalam kerajaan mereka mereka yang berbahasa Arab dan tidak berbahasa Arab Tidak ada di antara mereka yang menyintai Allah tanpa mencampurkanya dengan kecintaan kepada wang. Ia dikatakan: Ini adalah hamba kepada makrifat dan inilah hamba syurga dan mereka yang menjadi hamba Jahannam Melainkan sebahagian kecil daripada mereka yang mabuk dengan Dia tanpa rangsangan khayalan. Mereka adalah []
March 4, 2009

Permulaan Jasad Manusia

Permulaan Jasad Manusia [Yang pertama muncul kepada kewujudan dalam Alam Besar dan kumpulan terakhir yang dikeluarkan] Hakikat dalaman manusia tumbuh menjadi kerajaan dengan kekuasaan yang nyata Kemudian zatnya bersemayam di atas singgahsana Adam sebagaimana Arasy diduduki oleh Yang Maha Pemurah. Hakikat jasadnya muncul dalam bentuk asalnya, dan kerajaan bagi kewujudan kedua lengkap dengannya. Pengenalan ilmunya lahir dalam kenyataannya di kalangan yang mulia dan yang membenci Maka mimpinya menjadi remeh-temeh lantaran pengetahuannya dan syaitan yang direjam menjadi bangga. Mereka mencari kehampiran Allah dalam Malakut-Nya tetapi syaitan kecil membawa kesesatan kepada mereka.   [Kejadian alam yang didiami] Ketahuilah! Semoga Allah membantu kamu! []
March 4, 2009

Kewujudan makhluk rohani

[Kewujudan makhluk rohani yang diciptakan daripada api yang tiada asap (jin)] Dia campurkan api dan tumbuh-tumbuhan, maka bentuk jin dijadikan sebagai ruang di antara dua keadaan. Ia adalah di antara roh yang berjasad dengan tempat yang dalam dan roh yang tiada “di mana”. Yang menerima jasad mencari makanan untuk pembesaran tanpa kepalsuan, Dan yang menerima malaikat-malaikat, menerima hati bagi mengambil bentuk dalam keasliannya. Kerana sebab ini, ia mentaati pada satu ketika dan menentang pada ketika lain Dia akan balas mereka yang tidak taat dengan dua api. [Penciptaan Jin, malaikat dan manusia] Allah berfirman, “Dia ciptakan jin daripada pucuk api yang []
March 4, 2009

Penanggung Arasy

[Mengenai Penanggung Arasy] Dengan Allah, Arasy menanggung ar-Rahman, dan mereka menanggungnya – kenyataan ini mudah dimengerti. Apakah kuasa yang ada pada makhluk dan apakah kekuatannya sekiranya bukan kerananya yang akal dan Penyingkapan bawakan? Tubuh dan roh dan makanan serta kedudukan tiada apa lagi yang pembahagian aturkan. Itulah Arasy, seandainya engkau ketahui kemuliaannya! Yang bersemayam di atasnya dengan nama ar-Rahman yang diharapkan. Mereka berlapan, dan Allah mengetahui mereka. Kini di sana adalah empat, dan tiada kesalahan pada mereka: Muhammad, kemudian Ridwan dan Malik, Adam dan Khalil (Ibrahim) dan kemudian Jibrail, Diikuti oleh Mikail dan Israfil. Hanya lapan di sini – mendapat []
March 4, 2009

Ilmu darjat & pangkat

Sebab bertambah dan berkurangannya ilmu dan firman Allah,  “Katakanlah:’Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmuku!” dan sabda Rasulullah s.a.w,  “Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabutnya dari dada ulama, tetapi Dia menghilangkannya dengan mematikan ulama.” Tajalli wujud Yang Haq dalam sfera diri kenyataan bagi berkurangannya ilmu. Jika seseorang tidak menyedari hal tersebut dengan dirinya mampukah dia menyaksikan Tuhannya melalui penyelidikan dan pertanyaan? Seandainya kepelbagaian ilmu lahir dalam diri, penutupan yang disedari ditetapkan oleh kata-kata tersebut. Tiada apa kecuali cakra matahari kewujudan muncul dan cahayanya jatuh ke atas alam arwah. Yang Asal hanya disaksikan bila ada kenyataan sekalipun manusia dimusnahkan oleh kekuatan tamak. Tidak syak []
March 4, 2009

Masa yang ada….

59. Masa yang ada masa dan masa yang ditentukan Bila engkau pastikan bahawa bahan masa ditentukan dan diketahui melalui ilusi, Seumpama alam semulajadi dalam memberi kesan kuasanya Sumber alam semulajadi dan masa adalah tidak wujud. Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi ia tidak mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan. Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya kerana sebab itu, kami katakan masa adalah ilusi. Seandainya bukan kerana ‘tiada-hubungan’, kewujudan Allah tidak akan jadi ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam hati. Bila kamu adil dengan akar masa daripada sebelum-masa keputusannya ialah azali, dan ia dikawal. Seperti kekosongan yang sambungannya tidak ada kesudahan dalam badan []
March 4, 2009

Rahsia syariat….

Rahsia Syariat Dan Nama Ilahi Yang Memiliki Keagungan menuntut keagungan daripada Yang Memiliki Keagungan. Lalu Yang Memiliki Keagungan enggan menyaksikan selain keagungan. Apabila dia menyaksikan kewujudan keperkasaan Allah, hamba Allah bermain mata. Dia sejahtera dengan dirinya bangga, sombong, meninggi diri, bongkak. Dia beritahunya tentang Syariat yang dipelihara lalu kuasanya menghinanya sungguh-sungguh. Hamba menjerit dengan kehilangan dan kehinaan, “Wahai Engkau yang keagungan-Mu dimuliakan dan ditinggikan!”   [Nama-nama Ilahi adalah bahasa bagi suasana yang sesuai dengan hakikat-hakikat] Allah berfirman,  “Katakanlah: Sekiranya di bumi ini kedapatan malaikat berjalan dengan aman. Kami tentunya akan utuskan daripada langit kepada mereka malaikat juga yang menjadi Utusan” []
March 4, 2009

Kata Penghantar

Segala pujian terkhusus bagi Allah s.w.t, Pencipta sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh pejuang kebenaran sehingga akhir zaman. Manusia merupakan makhluk istimewa dicipta oleh Allah s.w.t namun, keistimewaan tersebut bergantung kepada realiti dirinya, kesedaran serta ketaatan terhadap apa yang diperintahkan oleh Penciptanya. Kemuliaan manusia sehingga dilantik menjadi khalifah dan diangkat menjadi rasul-rasul dan nabi-nabi adalah membuktikan tentang hakikat kejadian tersebut serta tanggungjawab yang bakal dipikul olehnya. Cabaran duniawi yang besar serta liputan kebenaran yang sentiasa tertutup oleh pandangan kebendaan, hawa nafsu dan dorongan jiwa yang rendah menyebabkan manusia sentiasa mencari jalan-jalan yang []
March 4, 2009

Mukaddimah

Mukaddimah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Segala puja dan puji sekaliannya hanya untuk Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Besar, Maha Perkasa, Maha Mulia dan Maha Sempurna. Kami panjatkan syukur atas segala rahmat, nikmat, taufik, hidayat dan segala kurniaan-Mu yang tidak pernah putus sejak zaman azali hinggalah kepada zaman abadi. Walau bagaimanapun suci puji-pujian kami terhadap diri-Mu namun, Engkau meninggi dan melampaui apa []
March 4, 2009

Nabi Muhammad saw penyelamat umat

01. Nabi Muhammad saw penyelamat umat KEADAAN DUNIA SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W: Dunia pada abad ke enam Masehi adalah umpama seorang yang sedang sakit tenat, tersangat memerlukan kepada penyelamat dan perawat yang mahir untuk mengubati penyakitnya dan menyelamatkannya daripada berbagai-bagai huru-hara dan kemusnahan. Semua bangsa-bangsa di seluruh pelusuk dunia dicengkam oleh kegelapan akidah dan kehancuran moral. Bangsa Aria di Sepanyol dan di selatan Perancis terlibat di dalam perebutan kuasa dengan kerajaan Clovis yang bermazhab Katholik. Bangsa Aria yang mendapat bantuan daripada kerajaan Roman Timur berjaya menewaskan kerajaan Clovis. Setelah berjaya menewaskan kerajaan Clovis, bangsa Aria berperang pula menentang kerajaan []
March 4, 2009

Nabi Muhammad saw insan fitrah

02. Nabi Muhammad saw insan fitrah Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia fitrah yang sejak awal kejadian baginda s.a.w sentiasa bergerak di atas landasan fitrah insan yang suci murni. Fitrah yang suci bersih lagi murni akan mencetuskan perjuangan dalam jiwa apabila insan itu dibaluti oleh suasana yang penuh dengan kemunkaran, kezaliman, penyembahan berhala dan benda-benda alam, perebutan kuasa, kegilaan kepada harta dan berbagai-bagai adat serta kebudayaan yang menyimpang jauh daripada sifat fitrah yang asli. Perjuangan dalam jiwa Nabi Muhammad s.a.w sampai ke kemuncaknya apabila baginda s.a.w mencapai usia 36 tahun. Kejahilan, kesyirikan, kekafiran, kemunkaran dan kezaliman yang berleluasa di dalam []
March 4, 2009

Fitrah dan wahyu

03. Fitrah dan Wahyu Semua manusia berasal daripada diri yang satu iaitu Nabi Adam a.s. Sekalian yang lahir daripada Adam a.s dinamakan bangsa manusia. Tidak ada keturunan Adam a.s yang berbangsa haiwan, tumbuh-tumbuhan atau gali-galian. Adam a.s dan keturunan beliau a.s menjadi manusia kerana mereka semua memiliki kemanusiaan. Tidak ada manusia yang tidak memiliki kemanusiaan. Benih kemanusiaan yang pertama disemaikan pada kejadian Adam a.s dan kemudian benih tersebut ‘berjalan’ kepada Siti Hawa, ibu yang mulia dan diberkati dengan keturunan yang amat ramai. Ketika Adam a.s dan Ibu Hawa berada di dalam syurga benih kemanusiaan itu hanya aktif pada mereka berdua []
March 4, 2009

Fana dalam wahyu baqa dalam ubudiyah

04. Fana dalam wahyu baqa dalam ubudiyah Pada hari Isnin 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos tahun 610 Masehi, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 40 tahun, 6 bulan dan 8 hari, datanglah malaikat Jibrail a.s kepada baginda s.a.w yang sedang berkhalwat di Gua Hiraa. Jibrail a.s yang muncul secara tiba-tiba itu terus berkata: “Baca!” Nabi Muhammad s.a.w menjawab: “Saya tidak tahu membaca”. Jibrail a.s terus menangkap Nabi Muhammad s.a.w. Diserkupnya baginda s.a.w dengan kain rida’ dan dipeluknya sehingga baginda s.a.w mengalami kesukaran untuk bernafas. Kemudian dilepaskannya dan disuruhnya baginda s.a.w membaca seperti mulanya. Baginda s.a.w masih mengatakan tidak tahu membaca. Sekali []
March 4, 2009

Jalan para sahabat r.a

05. Jalan para sahabat r.a Kaum Muslimin yang dibimbing secara langsung oleh Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kecemerlangan dalam apa juga bidang yang mereka ceburi dan apa juga suasana yang mereka berada di dalamnya. Mereka mampu bertahan ketika menghadapi ujian bala bencana, menanggung penghinaan, ejekan, penentangan dan penyiksaan sehingga mereka terpaksa mengharungi lautan ke Habsyah dan meredah padang pasir ke Yasrib demi menyelamatkan agama mereka. Di hadapan Raja Habsyah, Jaafar bin Abu Talib selaku ketua Muhajirin di Habsyah, telah memberi penerangan lengkap dan jelas mengenai Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam, mematahkan hujah wakil pihak Quraisy yang menuntut agar kaum Muslimin []
March 4, 2009

Jalan kenabian

06. Jalan kenabian Para sahabat Rasulullah s.a.w adalah kumpulan kaum Muslimin yang paling bertuah kerana Rasulullah s.a.w berada di tengah-tengah mereka. Mereka menerima pengajaran wahyu secara langsung daripada baginda s.a.w. Mereka adalah puak yang paling diberkati Allah s.w.t kerana Dia kurniakan kepada mereka cahaya (Nur) Nabi Muhammad s.a.w secara terus, tanpa dihijab oleh ruang, zaman atau masa. Apa yang mereka perolehi daripada Nur Nabi Muhammad s.a.w adalah yang paling benar dan asli pada tahap maksimum. Jika Nabi Muhammad s.a.w diibaratkan sebagai matahari, maka para sahabat menerima pancaran matahari ketika ia berdiri tegak tanpa segumpal awan pun melindunginya. Umat yang di []
March 4, 2009

Jalan kesufian

07. Jalan kesufian Nabi Muhammad s.a.w adalah sebaik-baik penyampai, sebaik-baik pembimbing. Baginda s.a.w berkemampuan menyampaikan menurut tahap akal dan suasana kebatinan seseorang. Ahli falsafah mampu menerima pengajaran baginda s.a.w dan ahli kerohanian juga mampu menerimanya. Orang yang semata-mata bertaklid kepada baginda s.a.w juga mampu menerima pengajaran baginda s.a.w. Apa yang baginda s.a.w ajarkan akan terhunjam ke dalam akal fikiran dan hati nurani seseorang. Kalam yang keluar daripada mulut baginda s.a.w menanamkan pengertian pada akal dan penghayatan pada jiwa. Apabila baginda s.a.w mengajarkan ayat-ayat al-Quran, maksud yang sebenar dari ayat-ayat tersebut akan terpahat pada fikiran dan hati sahabat-sahabat baginda s.a.w. Walaupun []
March 4, 2009

Kewalian Jalan Nabi dan Jalan sufi

08. Kewalian Jalan Nabi dan Jalan sufi Terdapat banyak perbezaan dari segi pengalaman, penyaksian, fahaman dan pegangan di antara pengembara pada jalan kesufian dengan pengembara pada jalan kenabian. Kewalian sufi diliputi oleh bayangan yang menyata sebagai tajalli-tajalli, sedangkan ia adalah hijab kepada Yang Haq. Kewalian sufi memasuki suasana menyaksikan rupa bentuk, cahaya dan warna. Cinta yang menguasai kewalian sufi adalah cinta yang mengasyikkan dan memabukkan, menghilangkan rasional. Kewalian pada jalan kenabian atau kewalian para sahabat Rasulullah s.a.w tidak melalui suasana tajalli dan penyaksian kepada rupa bentuk, cahaya dan warna. Pada jalan kenabian, cinta para sahabat kepada Allah s.w.t menyata sebagai []
March 5, 2009

Tujuan latihan kerohanian

09. Tujuan latihan kerohanian Manusia fitrah yang memasuki jalan kesufian dan melakukan berbagai-bagai latihan kerohanian didorong oleh tujuan yang suci iaitu untuk menjadi hamba Allah s.w.t sebaik mungkin.. Mereka telah terlebih dahulu mengikuti jalan yang dilalui oleh orang ramai. Mereka telah bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan beramal menurut peraturan syariat. Kehidupan harian dijadikan tarekat buat bermujahadah pada jalan Allah s.w.t, demi memperolehi keredaan-Nya. Dia kuat melakukan ibadat dalam aspek hubungan dengan Tuhan dan juga amalan dalam aspek hubungan sesama manusia. Walaupun mereka sudah menjaga peraturan syariat sekadar kemampuan mereka, namun hati mereka masih merasakan kekosongan. Mereka sudah berjumpa dengan berbagai-bagai guru []
March 5, 2009

Pengalaman kerohanian sufi

10. Pengalaman kerohanian sufi Roh Insan adalah cahaya dan nafsunya adalah kegelapan yang membungkus cahaya itu. Kaum sufi mengadakan latihan untuk menghalau kegelapan nafsu dan memancarkan cahaya roh. Jika tumpuan kepada Allah s.w.t dilakukan dengan penuh kekhusyukan disertai oleh penyerahan kepada-Nya dan penyerapan dalam-Nya dengan cara yang betul, akan muncullah daya dan upaya yang menghalau kegelapan untuk memberi laluan kepada cahaya yang terang benderang. Bila penyerapan (kefanaan) ini bertambah kuat sehingga sufi sampai kepada peringkat melupakan dirinya dan segala yang maujud, sufi itu akan lenyap di dalam penyaksian cahaya-cahaya, seterusnya dia sampai kepada matlamat dengan membawa hijab bersama-samanya. Pada tahap []
March 5, 2009

Syariat zahir dan batin

11. Syariat zahir dan batin Ketika di dalam daerah kewalian sufi, mengalami fana dan jazbah, orang sufi melupakan dan membuang segala-galanya kecuali Allah s.w.t. Mereka tidak inginkan syurga dan tidak takutkan neraka. Dosa dan pahala sama sahaja bagi mereka. Mereka menafikan perbuatan diri mereka dan mengisbatkannya kepada perbuatan Tuhan. Mereka tidak beristighfar di atas kesalahan yang terjadi pada mereka. Bagi mereka istighfar menunjukkan mereka mendakwa diri mereka memiliki kekuasaan untuk melakukan sesuatu, sekalipun perbuatan itu adalah perbuatan dosa. Mengaku diri berkuasa lebih berat daripada dosa itu sendiri. Bagi mereka segala daya dan upaya adalah milik Allah s.w.t. Segala sesuatu adalah []
March 5, 2009

Wahdatul syuhud, wahdatul wujud

12. Wahdatul syuhud, wahdatul wujud Wahdatul wujud atau tauhid wujudi adalah fahaman yang membentuk kepercayaan bahawa yang ada hanya satu wujud iaitu Wujud Tuhan dan yang selain Tuhan tidak wujud. Segala kewujudan yang selain Tuhan merupakan penzahiran dan aspek-aspek ketuhanan atau wajah-wajah wujud Yang Esa itu. Dalam doktrin wahdatul wujud, Wujud Tuhan dikatakan bersamaan dengan wujud alam. Apa yang disaksikan dan dipandang adalah alam pada satu aspek dan juga Tuhan pada aspek yang lain. Alam dikatakan Tuhan dalam bentuk penzahiran. Alam dikatakan satu dengan Tuhan dalam keadaan ada perbezaan pada kenyataan tetapi sama pada hakikatnya. Alam adalah Tuhan yang menyata []
March 5, 2009

Kasyaf dan ilham sufi

13. Kasyaf dan ilham sufi Setiap makhluk yang diciptakan Tuhan dilengkapkan-Nya dengan fitrah. Fitrah menerbitkan bakat dan keupayaan semulajadi yang membolehkan setiap kejadian itu berfungsi menurut kejadiannya. Fitrah matahari mengheret matahari untuk bergerak pada satu landasan sambil mengeluarkan cahaya yang mengandungi tenaga yang diperlukan oleh kejadian di bumi. Haiwan, tumbuh-tumbuhan, galian dan lain-lain semuanya mempunyai fitrah masing-masing dan setiap satunya bergerak menurut peraturan fitrahnya. Di antara semua kejadian, manusia dikurniakan fitrah yang paling sempurna kerana manusia berkewajipan memerintah dan mentadbir sekalian makhluk. Malaikat sendiri tunduk kepada manusia. Malaikat yang menguruskan bidang penglihatan tidak menghalang manusia menggunakan penglihatan matanya sekalipun yang []
March 5, 2009

Fahaman dan pegangan yang benar

14. Fahaman dan pegangan yang benar Manusia yang berada di atas jalan yang benar ada dua golongan. Golongan pertama adalah ahli fikah yang berjiwa tasauf dan keduanya adalah ahli tasauf yang berjalan di atas landasan fikah. Berpegang kepada salah satu di antara fikah dan tasauf bermakna berpegang kepada separuh daripada kebenaran. Berpegang kepada fikah semata-mata dengan menolak tasauf bermakna mengambil bahagia zahir syariat sahaja. Berpegang kepada tasauf dengan membuang fikah bermakna mengambil batin syariat sahaja. Berpegang kepada zahir syariat tanpa batinnya dibolehkan dan sudah memadai untuk diiktiraf sebagai orang Islam tetapi pegangan yang demikian tidak sempurna. Berpegang kepada batin syariat []
March 5, 2009

Konsep ketuhanan

15: Konsep ketuhanan Allah s.w.t berfirman: Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. (Ayat 11 : Surah asy-Syura) Akuilah kesucian Tuhanmu, – Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, – dari apa yang mereka katakan! ( Ayat 180 : Surah as-Saaffaat ) Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami adalah Allah!” kemudian mereka tetap teguh di atas []
March 5, 2009

Kejadian alam dan manusia

16. Kejadian alam dan manusia Apabila menyedari bahawa wujud alam dengan Wujud Tuhan tidak sedikit pun bersamaan, tidaklah mengelirukan jika dikatakan yang wujud alam adalah benar, nyata, stabil, ada kesinambungan kewujudannya dan dapat bertahan hingga ke akhirat. Wujud alam atau makhluk yang Tuhan ciptakan ini menjadi asas kepada kehidupan dunia yang sementara dan kehidupan akhirat yang abadi. Makhluk yang menerima nikmat wujud dan nikmat kesinambungan wujud dibekalkan dengan juga keupayaan untuk menerima bentuk zahir dan menjadi nyata serta memiliki bakat-bakat yang boleh memberi kesan. Jika ada orang mengatakan wujud makhluk hanyalah khayalan lantaran ia tidak berhakikat, maka perkataannya itu juga []
March 5, 2009

Hadrat Ilahi

17. Hadrat Ilahi Tuhan melampaui segala sesuatu. Tidak ada satu pun perbuatan manusia yang memberi kesan kepada Tuhan. Tidak ada kebaktian manusia yang sampai kepada Tuhan. Tidak ada doa dan rayuan manusia yang boleh masuk ke dalam majlis keesaan Tuhan. Jadi, dalam menyembah Allah s.w.t adakah manusia hanyalah sebuah robot yang berdiri, rukuk dan sujud? Adakah dalam melakukan kebaktian kepada Allah s.w.t manusia hanyalah sebuah jentera yang bergerak? Apakah kerana Allah s.w.t melampaui segala sesuatu maka tidak ada sebarang cara perhubungan hamba dengan-Nya? Seorang lelaki bekerja mencari batu-batu permata di dalam gua. Satu hari, ketika dia sedang asyik mengumpulkan batu-batu []
March 5, 2009

Penyucian…..

Penyucian Insan Sempurna….. 18: PENYUCIAN INSAN SEMPURNA, YANG TELAH MENGASINGKAN DIRINYA DAN MEMBEBASKAN DIRINYA DARIPADA SEGALA URUSAN DUNIA. Tujuan penyucian itu ada dua jenis: Pertama untuk membolehkannya masuk kepada alam sifat-sifat Ilahi dan kedua untuk mencapai makam Zat. Penyucian untuk memasuki alam sifat-sifat Ilahi memerlukan pelajaran yang membimbing seseorang di dalam proses penyucian cermin hati daripada gambaran haiwan manusia dengan cara rayuan, ucapan atau memikirkan dan mendoakan pada nama-nama Ilahi. Ucapan itu menjadi kunci, perkataan rahsia yang membuka hati. Hanya bila mata itu terbuka baharulah boleh dia melihat sifat-sifat Allah yang sebenar. Kemudian mata itu melihat gambaran kemurahan Allah, nikmat, []
March 5, 2009

Kehidupan dunia

19. Kehidupan dunia Roh Insan yang sangat suci hanya menyata apabila ia dibaluti oleh jasad dan bakatnya hanya menonjol apabila ia ditempatkan di dalam dunia. Ketika Adam a.s mendiami syurga bakat kekhalifahannya tidak menyata. Setelah dimasukkan ke dalam dunia baharulah nyata Adam a.s sebagai khalifah Tuhan. Keturunan Adam a.s juga menanggung kewajipan kekhalifahan itu di dalam dunia ini juga. Di dalam dunia yang sangat luas ini Adam a.s dan keturunannya ditempatkan pada satu tempat yang bernama bumi. Kehidupan di dunia dengan kehidupan di bumi adalah perkara yang sama bagi Adam a.s dan keturunannya. Kehidupan dunia ini adalah satu-satunya peluang untuk []