Ini Kitab ” Syarah Usul Al-Tahqiq ” Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan bahasa Melayu oleh setengah daripada Al-Ulama’ as-sohlihin dan tiada hamba dapat akan ketentuan namanya dengan nas, tetapi telah dikhbarkan hamba oleh “Ba’dha saqata” bahawa yang menterjemahkan Kitab ini daripada ahli negeri Patthani. “Bismillah hirrahmanirrahim” Dengan tolong Allah Ta’ala ku mulai Kitab ini. Ia lah Tuhan Yang Maha Pemurah didalam negeri dunia ini pada mengurniakan rezeki hambaNya zahir dan batin, Jin dan Manusia, Binatang dan Malaikat, Islam dan kafir dan lagi amat sangat mengasihi akan segala hambaNya yang beriman Jin dan Manusia didalam negeri akhirat kemudian. ” Segala [�]