March 5, 2009
Penyucian Insan Sempurna….. 18: PENYUCIAN INSAN SEMPURNA, YANG TELAH MENGASINGKAN DIRINYA DAN MEMBEBASKAN DIRINYA DARIPADA SEGALA URUSAN DUNIA. Tujuan penyucian itu ada dua jenis: Pertama untuk membolehkannya masuk kepada alam sifat-sifat Ilahi dan kedua untuk mencapai makam Zat. Penyucian untuk memasuki alam sifat-sifat Ilahi memerlukan pelajaran yang membimbing seseorang di dalam proses penyucian cermin hati daripada gambaran haiwan manusia dengan cara rayuan, ucapan atau memikirkan dan mendoakan pada nama-nama Ilahi. Ucapan itu menjadi kunci, perkataan rahsia yang membuka hati. Hanya bila mata itu terbuka baharulah boleh dia melihat sifat-sifat Allah yang sebenar. Kemudian mata itu melihat gambaran kemurahan Allah, nikmat, […]
March 5, 2009
17. Hadrat Ilahi Tuhan melampaui segala sesuatu. Tidak ada satu pun perbuatan manusia yang memberi kesan kepada Tuhan. Tidak ada kebaktian manusia yang sampai kepada Tuhan. Tidak ada doa dan rayuan manusia yang boleh masuk ke dalam majlis keesaan Tuhan. Jadi, dalam menyembah Allah s.w.t adakah manusia hanyalah sebuah robot yang berdiri, rukuk dan sujud? Adakah dalam melakukan kebaktian kepada Allah s.w.t manusia hanyalah sebuah jentera yang bergerak? Apakah kerana Allah s.w.t melampaui segala sesuatu maka tidak ada sebarang cara perhubungan hamba dengan-Nya? Seorang lelaki bekerja mencari batu-batu permata di dalam gua. Satu hari, ketika dia sedang asyik mengumpulkan batu-batu […]
March 5, 2009
16. Kejadian alam dan manusia Apabila menyedari bahawa wujud alam dengan Wujud Tuhan tidak sedikit pun bersamaan, tidaklah mengelirukan jika dikatakan yang wujud alam adalah benar, nyata, stabil, ada kesinambungan kewujudannya dan dapat bertahan hingga ke akhirat. Wujud alam atau makhluk yang Tuhan ciptakan ini menjadi asas kepada kehidupan dunia yang sementara dan kehidupan akhirat yang abadi. Makhluk yang menerima nikmat wujud dan nikmat kesinambungan wujud dibekalkan dengan juga keupayaan untuk menerima bentuk zahir dan menjadi nyata serta memiliki bakat-bakat yang boleh memberi kesan. Jika ada orang mengatakan wujud makhluk hanyalah khayalan lantaran ia tidak berhakikat, maka perkataannya itu juga […]
March 5, 2009
15: Konsep ketuhanan Allah s.w.t berfirman: Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. (Ayat 11 : Surah asy-Syura) Akuilah kesucian Tuhanmu, – Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, – dari apa yang mereka katakan! ( Ayat 180 : Surah as-Saaffaat ) Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami adalah Allah!” kemudian mereka tetap teguh di atas […]
March 5, 2009
14. Fahaman dan pegangan yang benar Manusia yang berada di atas jalan yang benar ada dua golongan. Golongan pertama adalah ahli fikah yang berjiwa tasauf dan keduanya adalah ahli tasauf yang berjalan di atas landasan fikah. Berpegang kepada salah satu di antara fikah dan tasauf bermakna berpegang kepada separuh daripada kebenaran. Berpegang kepada fikah semata-mata dengan menolak tasauf bermakna mengambil bahagia zahir syariat sahaja. Berpegang kepada tasauf dengan membuang fikah bermakna mengambil batin syariat sahaja. Berpegang kepada zahir syariat tanpa batinnya dibolehkan dan sudah memadai untuk diiktiraf sebagai orang Islam tetapi pegangan yang demikian tidak sempurna. Berpegang kepada batin syariat […]
March 5, 2009
13. Kasyaf dan ilham sufi Setiap makhluk yang diciptakan Tuhan dilengkapkan-Nya dengan fitrah. Fitrah menerbitkan bakat dan keupayaan semulajadi yang membolehkan setiap kejadian itu berfungsi menurut kejadiannya. Fitrah matahari mengheret matahari untuk bergerak pada satu landasan sambil mengeluarkan cahaya yang mengandungi tenaga yang diperlukan oleh kejadian di bumi. Haiwan, tumbuh-tumbuhan, galian dan lain-lain semuanya mempunyai fitrah masing-masing dan setiap satunya bergerak menurut peraturan fitrahnya. Di antara semua kejadian, manusia dikurniakan fitrah yang paling sempurna kerana manusia berkewajipan memerintah dan mentadbir sekalian makhluk. Malaikat sendiri tunduk kepada manusia. Malaikat yang menguruskan bidang penglihatan tidak menghalang manusia menggunakan penglihatan matanya sekalipun yang […]
March 5, 2009
12. Wahdatul syuhud, wahdatul wujud Wahdatul wujud atau tauhid wujudi adalah fahaman yang membentuk kepercayaan bahawa yang ada hanya satu wujud iaitu Wujud Tuhan dan yang selain Tuhan tidak wujud. Segala kewujudan yang selain Tuhan merupakan penzahiran dan aspek-aspek ketuhanan atau wajah-wajah wujud Yang Esa itu. Dalam doktrin wahdatul wujud, Wujud Tuhan dikatakan bersamaan dengan wujud alam. Apa yang disaksikan dan dipandang adalah alam pada satu aspek dan juga Tuhan pada aspek yang lain. Alam dikatakan Tuhan dalam bentuk penzahiran. Alam dikatakan satu dengan Tuhan dalam keadaan ada perbezaan pada kenyataan tetapi sama pada hakikatnya. Alam adalah Tuhan yang menyata […]
March 5, 2009
11. Syariat zahir dan batin Ketika di dalam daerah kewalian sufi, mengalami fana dan jazbah, orang sufi melupakan dan membuang segala-galanya kecuali Allah s.w.t. Mereka tidak inginkan syurga dan tidak takutkan neraka. Dosa dan pahala sama sahaja bagi mereka. Mereka menafikan perbuatan diri mereka dan mengisbatkannya kepada perbuatan Tuhan. Mereka tidak beristighfar di atas kesalahan yang terjadi pada mereka. Bagi mereka istighfar menunjukkan mereka mendakwa diri mereka memiliki kekuasaan untuk melakukan sesuatu, sekalipun perbuatan itu adalah perbuatan dosa. Mengaku diri berkuasa lebih berat daripada dosa itu sendiri. Bagi mereka segala daya dan upaya adalah milik Allah s.w.t. Segala sesuatu adalah […]
March 5, 2009
10. Pengalaman kerohanian sufi Roh Insan adalah cahaya dan nafsunya adalah kegelapan yang membungkus cahaya itu. Kaum sufi mengadakan latihan untuk menghalau kegelapan nafsu dan memancarkan cahaya roh. Jika tumpuan kepada Allah s.w.t dilakukan dengan penuh kekhusyukan disertai oleh penyerahan kepada-Nya dan penyerapan dalam-Nya dengan cara yang betul, akan muncullah daya dan upaya yang menghalau kegelapan untuk memberi laluan kepada cahaya yang terang benderang. Bila penyerapan (kefanaan) ini bertambah kuat sehingga sufi sampai kepada peringkat melupakan dirinya dan segala yang maujud, sufi itu akan lenyap di dalam penyaksian cahaya-cahaya, seterusnya dia sampai kepada matlamat dengan membawa hijab bersama-samanya. Pada tahap […]
March 5, 2009
09. Tujuan latihan kerohanian Manusia fitrah yang memasuki jalan kesufian dan melakukan berbagai-bagai latihan kerohanian didorong oleh tujuan yang suci iaitu untuk menjadi hamba Allah s.w.t sebaik mungkin.. Mereka telah terlebih dahulu mengikuti jalan yang dilalui oleh orang ramai. Mereka telah bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan beramal menurut peraturan syariat. Kehidupan harian dijadikan tarekat buat bermujahadah pada jalan Allah s.w.t, demi memperolehi keredaan-Nya. Dia kuat melakukan ibadat dalam aspek hubungan dengan Tuhan dan juga amalan dalam aspek hubungan sesama manusia. Walaupun mereka sudah menjaga peraturan syariat sekadar kemampuan mereka, namun hati mereka masih merasakan kekosongan. Mereka sudah berjumpa dengan berbagai-bagai guru […]
