March 4, 2009

Allah melampaui segala…

3: ALLAH MELAMPAUI SEGALA SESUATU Mengenai Allah yang tanzih (putus hubungan) daripada sebarang bentuk tasybih (ada-perhubungan) atau penjelmaan, terkandung di dalam ayat-ayat yang menunjukkan dengan jelas keadaan-Nya di dalam Kitab-Nya atau melalui lidah Rasul-Nya. “Maha suci Allah dan maha tinggi, melampaui apa yang mereka katakan.” (17:43). Pada penyaksian hamba terhadap Tuhannya dalam ketulenan dan putusnya kekuatan dan ketinggiannya daripada dihubungkan dengan “bagaimana” atau yang seumpamanya adalah petanda yang memberikan keputusan muktamad tentang kedudukan hamba dan pujiannya keteguhan pengetahuan dan pengesahannya dan penolakan terhadap tuduhan dan perubahan [Segala pengetahuan dibekalkan kepada Akal Awal] Ketahuilah yang menanggung segala ilmu, baik mengenai yang […]
March 4, 2009

Permulaan alam….

04: PERMULAAN ALAM DAN KEDUDUKAN NAMA-NAMA YANG INDAH Asbab Kepada Permulaan Alam Dan Kedudukan Nama-nama Yang Indah Dalam Alam Keseluruhannya Dalam sebab kepada permulaan dan peraturannya, dan penghabisan pembentukan dan pengertiannya, Dan perbezaan di antara anasir-anasir tinggi dalam tempat asalnya dan pemerintahnya, Bukti yang menunjukkan Pencipta menggubahkan semuanya melalui peraturan-Nya. [Ketinggian tempat dan kehebatan Syurga] Wali yang benar telah mengambil pengertian tentang permulaan alam dalam buku kami yang bertajuk, ‘Anqa’ Mughrib fi ma’rifa khatmi’l-awliya’ wa shamsu’l-Maghrib dan dalam buku kami bertajuk Insha’ ad-Dawa’ir yang sebahagiannya kami tulis di rumah sahabat kami yang mulia (Imam Abu Muhammad ÔAbdu’l-‘Aziz al-Mahdawi al-Qurashi) sewaktu […]
March 4, 2009

Permulaan ciptaan rohani

06. Permulaan ciptaan rohani [Mengenai permulaan ciptaan rohani] Siapakah yang pertama wujud dalamnya? Daripada apa ia wujud? Dalam apa ia wujud? Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Apakah matlamatnya? Mengenai alam semesta dan bahagian-bahagianya. Perhatikah kewujudan yang rapi ini wujud kita umpama jubah yang digubah. Perhatikan khalifah-khalifah-Nya dalam kerajaan mereka mereka yang berbahasa Arab dan tidak berbahasa Arab Tidak ada di antara mereka yang menyintai Allah tanpa mencampurkanya dengan kecintaan kepada wang. Ia dikatakan: Ini adalah hamba kepada makrifat dan inilah hamba syurga dan mereka yang menjadi hamba Jahannam Melainkan sebahagian kecil daripada mereka yang mabuk dengan Dia tanpa rangsangan khayalan. Mereka adalah […]
March 4, 2009

Permulaan Jasad Manusia

Permulaan Jasad Manusia [Yang pertama muncul kepada kewujudan dalam Alam Besar dan kumpulan terakhir yang dikeluarkan] Hakikat dalaman manusia tumbuh menjadi kerajaan dengan kekuasaan yang nyata Kemudian zatnya bersemayam di atas singgahsana Adam sebagaimana Arasy diduduki oleh Yang Maha Pemurah. Hakikat jasadnya muncul dalam bentuk asalnya, dan kerajaan bagi kewujudan kedua lengkap dengannya. Pengenalan ilmunya lahir dalam kenyataannya di kalangan yang mulia dan yang membenci Maka mimpinya menjadi remeh-temeh lantaran pengetahuannya dan syaitan yang direjam menjadi bangga. Mereka mencari kehampiran Allah dalam Malakut-Nya tetapi syaitan kecil membawa kesesatan kepada mereka.   [Kejadian alam yang didiami] Ketahuilah! Semoga Allah membantu kamu! […]
March 4, 2009

Kewujudan makhluk rohani

[Kewujudan makhluk rohani yang diciptakan daripada api yang tiada asap (jin)] Dia campurkan api dan tumbuh-tumbuhan, maka bentuk jin dijadikan sebagai ruang di antara dua keadaan. Ia adalah di antara roh yang berjasad dengan tempat yang dalam dan roh yang tiada “di mana”. Yang menerima jasad mencari makanan untuk pembesaran tanpa kepalsuan, Dan yang menerima malaikat-malaikat, menerima hati bagi mengambil bentuk dalam keasliannya. Kerana sebab ini, ia mentaati pada satu ketika dan menentang pada ketika lain Dia akan balas mereka yang tidak taat dengan dua api. [Penciptaan Jin, malaikat dan manusia] Allah berfirman, “Dia ciptakan jin daripada pucuk api yang […]
March 4, 2009

Penanggung Arasy

[Mengenai Penanggung Arasy] Dengan Allah, Arasy menanggung ar-Rahman, dan mereka menanggungnya – kenyataan ini mudah dimengerti. Apakah kuasa yang ada pada makhluk dan apakah kekuatannya sekiranya bukan kerananya yang akal dan Penyingkapan bawakan? Tubuh dan roh dan makanan serta kedudukan tiada apa lagi yang pembahagian aturkan. Itulah Arasy, seandainya engkau ketahui kemuliaannya! Yang bersemayam di atasnya dengan nama ar-Rahman yang diharapkan. Mereka berlapan, dan Allah mengetahui mereka. Kini di sana adalah empat, dan tiada kesalahan pada mereka: Muhammad, kemudian Ridwan dan Malik, Adam dan Khalil (Ibrahim) dan kemudian Jibrail, Diikuti oleh Mikail dan Israfil. Hanya lapan di sini – mendapat […]
March 4, 2009

Ilmu darjat & pangkat

Sebab bertambah dan berkurangannya ilmu dan firman Allah,  “Katakanlah:’Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmuku!” dan sabda Rasulullah s.a.w,  “Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabutnya dari dada ulama, tetapi Dia menghilangkannya dengan mematikan ulama.” Tajalli wujud Yang Haq dalam sfera diri kenyataan bagi berkurangannya ilmu. Jika seseorang tidak menyedari hal tersebut dengan dirinya mampukah dia menyaksikan Tuhannya melalui penyelidikan dan pertanyaan? Seandainya kepelbagaian ilmu lahir dalam diri, penutupan yang disedari ditetapkan oleh kata-kata tersebut. Tiada apa kecuali cakra matahari kewujudan muncul dan cahayanya jatuh ke atas alam arwah. Yang Asal hanya disaksikan bila ada kenyataan sekalipun manusia dimusnahkan oleh kekuatan tamak. Tidak syak […]
March 4, 2009

Masa yang ada….

59. Masa yang ada masa dan masa yang ditentukan Bila engkau pastikan bahawa bahan masa ditentukan dan diketahui melalui ilusi, Seumpama alam semulajadi dalam memberi kesan kuasanya Sumber alam semulajadi dan masa adalah tidak wujud. Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi ia tidak mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan. Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya kerana sebab itu, kami katakan masa adalah ilusi. Seandainya bukan kerana ‘tiada-hubungan’, kewujudan Allah tidak akan jadi ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam hati. Bila kamu adil dengan akar masa daripada sebelum-masa keputusannya ialah azali, dan ia dikawal. Seperti kekosongan yang sambungannya tidak ada kesudahan dalam badan […]
March 4, 2009

Rahsia syariat….

Rahsia Syariat Dan Nama Ilahi Yang Memiliki Keagungan menuntut keagungan daripada Yang Memiliki Keagungan. Lalu Yang Memiliki Keagungan enggan menyaksikan selain keagungan. Apabila dia menyaksikan kewujudan keperkasaan Allah, hamba Allah bermain mata. Dia sejahtera dengan dirinya bangga, sombong, meninggi diri, bongkak. Dia beritahunya tentang Syariat yang dipelihara lalu kuasanya menghinanya sungguh-sungguh. Hamba menjerit dengan kehilangan dan kehinaan, “Wahai Engkau yang keagungan-Mu dimuliakan dan ditinggikan!”   [Nama-nama Ilahi adalah bahasa bagi suasana yang sesuai dengan hakikat-hakikat] Allah berfirman,  “Katakanlah: Sekiranya di bumi ini kedapatan malaikat berjalan dengan aman. Kami tentunya akan utuskan daripada langit kepada mereka malaikat juga yang menjadi Utusan” […]