March 5, 2009
29. Kaum Sufi Di Zaman Rasulullah s.a.w Ahli suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w yang daripada mereka dikatakan bermulanya aliran sufi atau tasauf. Mereka dikenali sebagai golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda masjid Rasulullah s.a.w di kota Madinah. Perbelanjaan mereka ditanggung oleh orang ramai. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan harian. Walaupun keadaan ahli suffah yang demikian kaum Muslimin tidak menganggapkan mereka sebagai beban. Kaum Muslimin yang berkemampuan dengan ikhlas hati memberi bantuan kepada golongan yang lemah itu. Apabila perkembangan Islam telah pesat ternyata peranan ahli suffah sangat penting. […]
March 5, 2009
28. Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik Gerakan munafik bermula di Madinah di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai, sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah, merupakan seorang yang sangat berpengaruh di sana sebagaimana kedudukan Abu Sufyan di Makkah. Selepas Perang Bu’as tamat penduduk Madinah (nama asalnya Yasrib) sudah sepakat untuk melantik Abdullah bin Ubai sebagai raja di Madinah, malah mahkotanya pun sudah siap dibuat. Masyarakat Madinah bersetuju melantik Abdullah bin Ubai menjadi raja menunjukkan dia memiliki sifat-sifat yang menyebabkan dia dihormati dan dimuliakan. Sebelum Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi sudah lama bertapak di sana. Kaum Yahudi dikenali […]
March 5, 2009
27. Ciri-ciri Dan Doktrin Nabi Palsu Nabi Muhammad s.a.w terkenal di seluruh Tanah Arab, sampai ke Yamamah. Baginda s.a.w dikenali sebagai Utusan Allah dan seorang pemimpin yang agung menguasai sebuah kerajaan yang besar dan kuat. Kemuliaan dan kebesaran baginda s.a.w bertapak dalam hati orang ramai. Salah seorang yang mengagungkan kebesaran Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Musailima bin Habib dari Banu Hanifah yang tinggal di Yamamah. Musailima bukanlah seorang yang berkedudukan mulia dalam puaknya. Dia lebih merupakan orang suruhan yang melakukan kerja-kerja menurut arahan golongan atasan dalam puaknya. Ketika rombongan Banu Hanifah berangkat ke Madinah untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w, […]
March 5, 2009
25. Salik Dan Suluk Salik adalah orang yang menjalani latihan kerohanian secara bersuluk. Suluk pula adalah sistem latihan kerohanian yang digunakan bagi tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan. Semasa bersuluk seseorang itu mengasingkan diri daripada orang ramai. Bila dia tidak ada bersama orang ramai, maka mereka terselamat daripada gangguan yang mungkin datang daripadanya dan juga dia terselamat daripada gangguan yang mungkin datang daripada mereka. Pengasingan tersebut boleh menyelamatkan ahli suluk itu daripada anasir yang boleh merosakkannya melalui ego dan nafsunya. Dalam pengasingan itu juga dia melatihkan diri bagi memperolehi perkembangan kerohanian. Dia melatihkan diri agar terpisah daripada sifat-sifat yang tercela dan […]
March 5, 2009
24. Zikir Meliputi Perkataan, Perbuatan Dan Perasaan Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Dan dirikanlah sembahyang bagi mengingati Aku! ( Ayat 14 : Surah Taha ) Sembahyang mengandungi perbuatan anggota zahir, perkataan yang dilafazkan dan penyertaan hati yang benar menghadap kepada Allah s.w.t dengan sepenuh jiwa raga. Mengingati Allah s.w.t melalui sembahyang merupakan zikir yang paling sempurna. Perbuatan menjadi zikir, perkataan menjadi zikir dan perasaan menjadi zikir. Sekalian maujud berada dalam suasana zikir. Zikir dalam sembahyang menggabungkan pengakuan bahawa yang diingatkan itu adalah Allah s.w.t; bahawa Allah s.w.t yang diingati itu adalah Tuhan; bahawa tiada Tuhan melainkan […]
March 5, 2009
23. Contoh Pengalaman Kerohanian Orang-orang yang meminati tarekat tasauf sangat ingin mengetahui pengalaman kerohanian dan penyaksian yang terjadi kepada orang sufi. Penerangan mengenai perkara tersebut sukar diperolehi. Buku-buku tasauf hanya menceritakan tentang perjalanan kerohanian secara umum. Kadang-kadang diolah dengan cara yang sukar dimengerti, dicampur pula dengan istilah-istilah yang belum pernah didengar. Banyak perkara dibungkus dengan istilah Rahsia; Rahsia Tuhan, Rahsia Insan dan berbagai-bagai Rahsia lagi. Ada pula yang menceritakan pengalaman secara berteka-teki, digunakan huraian yang samar-samar. Semua itu dilakukan dengan alasan orang awam tidak akan mengerti perkara kerohanian yang mendalam. Perkara khusus hanya boleh diperkatakan dalam majlis yang menjadi ahli […]
March 5, 2009
22. Tarekat Tasauf Motif tarekat tasauf adalah: ” Ilahi! Engkau jualah tujuanku. Keredaan Engkau jua yang daku cari “. Tarekat tasauf menjurus sepenuhnya kepada usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, mengabdikan diri kepada-Nya sebaik mungkin dan mengenali-Nya sebagaimana layaknya. Pokok dari ajaran tarekat tasauf adalah penyucian hati. Syarat penyucian hati yang pertama adalah taubat secara zahir dan batin. Taubat zahir berkaitan dengan perkataan, perbuatan, perasaan, menghindarkan diri daripada melakukan dosa dan memperbanyakkan kebaikan. Taubat batin berkaitan dengan rohani, mengembalikan rohani kepada tahap kesuciannya yang asli. Perkaitan rohani dengan jasad dan dunia melahirkan tenaga yang mengheret rohani lari daripada kedudukannya yang […]
March 5, 2009
21. Taubat: Pintu Keselamatan Sesudah itu Adam terima beberapa kalimat dari Tuhannya lalu Dia ampunkannya kerana Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang. ( Ayat 37 : Surah al-Baqarah ) Dia jualah Penerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampunkan dosa dan Dia Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( Ayat 25 : Surah asy-Syura ) Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan kerana Allah Maha Pengampun Maha Penyayang. ( Ayat 70 : Surah al-Furqaan ) Adam a.s, manusia pertama, telah melakukan kesalahan. Ketika itu beliau a.s mendiami syurga. Manusia secara tabi’inya tidak […]
March 5, 2009
20. Syariat menyelamatkan manusia Sesudah itu Adam terima beberapa kalimat dari Tuhannya, lalu Dia ampunkannya kerana sesungguhnya Allah itu Pengampun dan Penyayang. Kami berkata: “Pergilah kamu sekalian dari (syurga) itu, kemudian jika datang petunjuk (agama) daripada-Ku dan sesiapa yang ikut petunjuk itu tidaklah ada ketakutan atas mereka dan tidaklah mereka berdukacita”. ( Ayat 37 & 38 : Surah al-Baqarah ) Hai Bani Adam! Sesungguhnya Kami telah turunkan atas kamu pakaian untuk menutup kemaluan kamu dan pakaian perhiasan dan juga pakaian takwa, ini lebih baik. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (kurnia) Allah supaya kamu ingat. ( Ayat 26 : Surah al-A’raaf […]
March 5, 2009
19. Kehidupan dunia Roh Insan yang sangat suci hanya menyata apabila ia dibaluti oleh jasad dan bakatnya hanya menonjol apabila ia ditempatkan di dalam dunia. Ketika Adam a.s mendiami syurga bakat kekhalifahannya tidak menyata. Setelah dimasukkan ke dalam dunia baharulah nyata Adam a.s sebagai khalifah Tuhan. Keturunan Adam a.s juga menanggung kewajipan kekhalifahan itu di dalam dunia ini juga. Di dalam dunia yang sangat luas ini Adam a.s dan keturunannya ditempatkan pada satu tempat yang bernama bumi. Kehidupan di dunia dengan kehidupan di bumi adalah perkara yang sama bagi Adam a.s dan keturunannya. Kehidupan dunia ini adalah satu-satunya peluang untuk […]
