Tasawuf

March 5, 2009

Kitab Risalah Tasawuf

Kitab Risalah Tasawuf KITAB RISALAH TASAUF OLEH TUAN GURU SYEIKH DAUD BUKIT ABAL. MURSYID BAGI TARIQAH AHMADIYYAH IDRISSIAH DI BUKIT ABAL. DISYARAH OLEH USTAZ MUHAMMAD HIZAM AL-AHMADI (Dipetik daripada muzakarah di Bicarasufi.Com) بسم الله الرحمن الرحيم Matan: Terbahagi ugama kepada tiga. Pertama: IMAN, kedua: ISLAM, ketiga: IHSAN kerana ugama itu, adakalanya amalan dalam yakni hati maka dinamakan akan dia iman. Syarah MH Tok Guru Hj Daud Bukit Abal merujuk kepada hadith Jibril tentang IMAN ISLAM IHSAN. Matan hadithnya adalah seperti berikut:- عن عمر رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عـند رسـول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم […]
March 5, 2009

Tasawuf dalam Pandangan Al Junaid

Tasawuf dalam Pandangan Al Junaid Dasar-dasar Tasawuf “Kitab ini yaitu Al-Qur’an adalah kitab paling mulia dan paling lengkap. Syariah kita adalah aturan hidup yang paling jelas dan paling rinci. Tareqat kita, yakni jalan ahli tasawuf, dikuatkan dengan kitab dan sunnah. Maka barang siapa belum mendalami al-Qur’an, memelihara Sunnah dan memahami makna-maknanya tidak boleh di ikuti.” Ia juga berkata kepada sahabat-sabahatnya : “Seandainya kamu melihat seseorang terbang di udara maka janganlah kamu meyakininya hingga melihat perbuatannya berkaitan dengan perintah dan larangan Allah. Jika kamu melihat ia menjalankan perintah-perintah Allah dan meninggalkan larangan-larangan-Nya, maka kamu boleh mempercayai dan mengikutinya. Tetapi jika kamu […]
March 5, 2009

Mafhum Tasawuf dan Tareqat

Mafhum Tasawuf dan Tareqat Seperti yang dijelaskan sebelum ini, tasawuf dalam penggunaan ahli sufi merujuk kepada akhlak dan proses penyucian jiwa (rujuk siri penerangan tasawuf sebelum ini). Adapun golongan yang tidak mahu menggunakan istilah tasawuf, tidak mengapa. Apa yang paling penting, bukan nama, tetapi mafhum dan makna tasawuf itu sendiri, merupakan suatu kewajiban bagi setiap umat Islam. Sepertimana dalam ilmu fiqh, kalau ada yang mengatakan, “saya menolak penggunaan nama ilmu fiqh”, namun kewajiban keatasnya untuk beramal dengan mafhum dan makna ilmu fiqh tersebut tetap tidak gugur, kerana ilmu fiqh merupakan istilah yang merujuk kepada syariat, dan syariat wajib diikuti oleh […]
March 5, 2009

Kamus Tasawuf (L-Z)

Kamus Tasawuf (L-Z) mabuk: Keadaan orang yang di dalam jazbah. Dia lupa kepada dirinya tetapi pancainderanya masih aktif. Hati nuraninya dikuasai oleh hal ketuhanan yang berbeza dengan sifat kemanusiaan. Oleh yang demikian lahirlah perbuatan dan perkataan yang menyalahi peraturan kemanusiaan. mahabbah: Cinta. majnun: Gila. majzub: Orang yang mengalami jazbah. makam: Hati hamba menjadi tempat curahan kurniaan Allah s.w.t. Dikurniakan-Nya berbagai-bagai hal kepada hati hamba-Nya. Kurniaan yang demikian adalah semata-mata kerana rahmat dan belas kasihan-Nya kepada hamba-Nya. Hamba tidak berupaya mendapatkan yang demikian dengan amal dan ilmunya. Tetapi apabila kurniaan tersebut diterima oleh hati, maka si hamba perlu mengambil langkah yang […]
March 5, 2009

KAMUS TASAWUF ( A – L)

KAMUS TASAWUF ( A – L)abadi: Tidak ada kesudahan. Kesudahan bagi tiap-tiap yang bernyawa adalah kematian dan kesudahan bagi makhluk ciptaan Tuhan adalah kiamat. Dalam suasana yang abadi kematian dan kiamat tidak ada lagi. Ini adalah suasana akhirat. abd: Makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t dan dihukumkan bahawa mereka berhajat dan bergantung kepada-Nya. Tidak ada makhluk yang boleh berdiri sendiri tanpa sokongan Tuhan. Abdul Rab: Hamba Tuhan. Keterangannya lihat Hakikat Abdul Rab. abid: Hamba yang dikuasai oleh rasa ketidak-upayaan diri dan dia semata-mata bergantung kepada daya dan upaya yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dalam keadaan Dia berhak dan boleh mengambil […]
March 5, 2009

Asas Tasawuf

Asas Tasawuf Mabadi’ 10 Ilmu TasawufOleh : Ustaz Mahyuddin Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah dari Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah Batu Lima Daerah Pendik Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan Oleh kerana timbul dan berlaku beberapa pelajaran dan amalan yang dinamakan Ilmu Isi yang boleh menyampaikan kepada Makrifat Ketuhanan, maka dhohirlah berbagai-bagai I’tiqad atau pegangan hati yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan sesat lagi menyesat kepada orang ramai. Dengan jalan yang demikian, maka saya tulis sebuah risalah yang dinamakan “Mengenal Diri Mengenal Allah” sebagai panduan jalan yang boleh menyampaikan kepada makrifat yang sebenar mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah Tiap-tiap ilmu mempunyai sepuluh [10] […]