June 12, 2011

Salasilah Ahmadiah Idrisiah

Download Full Image Click Here
March 5, 2009

Risalah Musamah bil Qawaid

Risalah Musamah bil Qawaid daripadaTuan Shaykh Ahmad bin Idris Ini adalah Risalah Musamah bil Qawaid daripada Saiyyidil Arifin Qutbul Muhaqiqin Saidi Ahmad bin Idris -Bermula- Adapun bekalan yang lengkap, kata-kata yang masin, atau senjata yang sakti dalam pengembaraan di jalan Allah, untuk seorang yang akal yang mahu menyelamatkan dirinya da segala rupa kebinasaan dan mahu pula supaya Allah rnemasukkan dirinya dalam kumpulan “Al Muqarrabin” dalam segala urusan amalan hidupnya apabila dia mahu melakukan atau bercakap sesuatu hendaklah dia memahami serta mematuhi prinsip-prinsip ini. Pertama: Hendaklah a menganggapkan dirinya berada di hadapan Allah Subhanahu Wataala yang akan bertanya kepadanya mengenai perkara […]
March 5, 2009

Muhammad Said Al Linggi

Muhammad Said Al Linggi Artikel Pertama: SYAIKH MUHAMMAD SAID LINGGI (1875 -1926) Oleh : Ismail Che Daud Pada tahun 1905, masyarakat Melayu Kelantan menjadi gempar dengan sebab “telah jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik. tiada pernah jatuh lagi dahulunya iaitu datang seorang nama Haji Encik Sa’id bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu tariqat Ahmadiyah.” Demikianlah, antara salinan isi warkah pertanyaan daripada Raja Kelantan, bertarikh 14 Ramadhan 1323 (bersamaan 12 November 1905) yang diutus “kepada orang tua sahaya, Wan Ahmad bin Haji Wan Din Patani, seorang tokoh ulama’ besar Alam Melayu yang menetap di kota Makkah. […]
March 5, 2009

Negeri Sembilan

Ahmadiah Negeri Sembilan Qutubul Rais Sultanus salatin- Sidi Ahmad Idris Qutubul Samadani _Sidi Sheikh Ibrahim Rashid Qutubul Rawi- Sidi Muhammad Dandarawi Qutubul Kabiir- Sidi Shiekh Said AlLinggi. Kerabat Syeikh Haji Mohd Said Al Linggi Sheikh Haji Jamaludin Haji Idris ( 1814- 1887 ) Dalam tahun hijrah 1231 bersamaan tahun masihi 1814, lahirlah seorang anak lelaki yang kemudiannya terkenal dengan nama Tuan Sheikh Haji Jamaludin Haji Idris bin Haji Mokmin bin Nakhoda. Sesetengah orang memanggilnya Sheikh Indin, nasab keturunan sebelah bapanya sampai kepada Daeng Kemboja anak Raja Bugis yang bermukim di Linggi ( sebelum itu dikenali Kuala Penagim). Dijangkakan Daeng Kemboja […]
March 5, 2009

Bukit Abal Kelantan

Ahmadiah Bukit Abal Kelantan S. Ahmad Idis S. Ibrahim Rashid S .Muhammad Dandarawi S. Muhammad AlAzahari TUAN TABAL(Haji Abdul Samad b. Mohd. Saleh al-Kalantani) – PENYEBAR THARIQAT AHMADIYAH PERTAMA DI NUSANTARA Hubungan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani dengan Tuan Tabal yang diriwayatkan sebagai saudara ipar dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia, Isnin, 13 September 2004/28 Rejab 1425H, masih dirasakan perlu diberi keterangan lanjut. Oleh itu pada terbitan kali ini dipilih judul mengenai ulama yang berasal dari Tabal itu. Nama sebenarnya ialah Haji Abdus Shamad bin Muhammad Saleh Tabal al-Fathani al-Kalantani. Sebelum bergelar Tuan Tabal beliau juga pernah digelar Tuan […]