Makrifat

March 4, 2009

Kitab Usul At-Tahqiq

Ini Kitab ” Syarah Usul Al-Tahqiq ” Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan bahasa Melayu oleh setengah daripada Al-Ulama’ as-sohlihin dan tiada hamba dapat akan ketentuan namanya dengan nas, tetapi telah dikhbarkan hamba oleh “Ba’dha saqata” bahawa yang menterjemahkan Kitab ini daripada ahli negeri Patthani. “Bismillah hirrahmanirrahim” Dengan tolong Allah Ta’ala ku mulai Kitab ini. Ia lah Tuhan Yang Maha Pemurah didalam negeri dunia ini pada mengurniakan rezeki hambaNya zahir dan batin, Jin dan Manusia, Binatang dan Malaikat, Islam dan kafir dan lagi amat sangat mengasihi akan segala hambaNya yang beriman Jin dan Manusia didalam negeri akhirat kemudian. ” Segala […]
March 4, 2009

Gambaran Makrifat

OLEH : SYEIKH NADZIR AS SAGHIR BERBAGAI-BAGAI JENIS AMAL ADALAH KERANA BERBAGAI-BAGAI AHWAL (HAL-HAL)   Ini dalam memperkatakan tentang makrifat tentang gambaran makrifat tetapi tidak dikatakan makrifat dan tidak dihuraikan secara terus terang sebaliknya diperkatakan sebagai ahwal. Ahwal adalah jamak bagi perkataan hal. Hikmat ini membawa erti hal membentuk keadaan amal. Amal adalah perbuatan atau kelakuan lahiriah dan hal adalah suasana atau kelakuan hati. Amal berkaitan dengan “lahiriah” manakala hal berkaitan dengan “batiniah.” Oleh kerana hati menguasai sekalian anggota maka kelakuan hati iaitu hal menentukan bentuk amal iaitu perbuatan lahiriah. Dalam pandangan tasauf, hal diertikan sebagai pengalaman rohani dalam proses […]